expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

jawapan kuiz 1

JAWAPAN KUIZ 1





LEBIH BANYAK “A”

Kamu seorang yang terlalu bergantung pada orang lain. Bagi kamu hidup tanpa teman adalah sesuatu yang begitu membosankan.Mungkin sudah biasa dimanjakan dan ramai yang selalu menghulurkan bantuan kamu jadi leka dengan sikap kamu itu.Orang seperti kamu tidak pandai menguruskan diri sendiri terutama apabila kamu ditimpa maslah.Hura hara hidup kamu apabila tiada yan gsudi membantu. Cubalah berubah menyesuaikan diri untuk lebih berdikari kerana sampai bila kamu boleh mengharapkan orang bersama kamu. Sikap acuh x acuh kamu juga akan makan diri kamu sendiri kerana untuk berjaya kamu seharusnya mempunyai pendirian sendiri bukan hanya bergantung pada oranglain membuat keputusan untuk kamu.

LEBIH BANYAK “B”

Tahniah kamu adalah seorang yang seimbang bijak mengatur hidup kamu sendiri. Orang seperti kamu tergolong pada orang yang berdikari dan kamu pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan. Setiap keputusan yang kamu lakukan tidaklah hanya mengikut kepala kamu sahaja ada juga kamu mengambil kira orang sekeliling kamu.


LEBIH BANYAK “C”

Kamu tergolong daripada orang-orang yang terlalu berdikari. Sikap kamu yang berani disamping mempunyai keyakinan diri yang tinggi membuatkan kamu tidak ragu-ragu dengan setiap perkara yang kamu lakukan tanpa memperdulikan orang sekeliling. Orang yang tergolong dalam kelompok ini sungguh bertuah kerana kamu mudah berjaya dan mencapai apa yang kamu impikan.kamu juga mempunyai ramai teman kerana mereka senang dengan sikap kamu yang tidak menyusahkan. Namun harus diingat ada masa kamu juga memerlukan seseorang dalam hidup bukan bergantung harap tetapi berkongsi sesuatu. Terlalu berdikari sehingga tidak menghiraukan sekeliling juga tidak baik kerana tiada manusia yan gsempurna di dunia ini. Kamu juga perlu mendapatkan khidmat nasihat oranglain demi kebaikan diri kamu.